Tarikh | 1 Julai 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 11:30 Pagi |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang asas dan kepentingan strategi pemasaran digital dalam pembangunan perniagaan.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta dalam merancang dan melaksanakan kempen pemasaran digital yang berkesan.
Aktiviti :-
Petugas membantu menggalakkan penggunaan teknologi digital secara strategik untuk meningkatkan capaian, penjenamaan dan keuntungan perniagaan.
Selain itu, petugas membantu peserta mengenal pasti audiens sasaran serta memilih platform digital yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan.