mcmc
Laporan Aktiviti

12) Laporan Kelas Jun :- NADI x Wellbeing: Care

Tarikh18 Jun 2025
 Masa10:00 Pagi – 10:30 Pagi
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta2 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan penjagaan diri (self-care) yang sihat dan berkesan.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan kesejahteraan diri dari aspek mental, emosi, dan fizikal.

Aktiviti :-

Petugas membimbing peserta mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan dan cara menanganinya dengan pendekatan yang positif.

Selain itu, petugas menggalakkan peserta membina rutin harian yang menyokong keseimbangan hidup dan kesihatan holistik.