mcmc
Sejarah

Sejarah

BAGAIMANAKAH FELDA TITI DITUBUHKAN? 

PENDAHULUAN

Untuk pengetahuan semua, Felda Titi dibuka pada bulan 5/1981 di mana keseluruhan kawasan yang dibuka seluas 650 ekar merupakan kawasan sheet lalang dan bukannya hutan belantara sebagaimana yang dijalankan pada kebiasaannya pada rancangan-rancangan lain. Atas daya usaha Menteri Besar ketika itu iaitu YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, maka Felda Titi dibuka untuk kemasukan peneroka rancangan ini.

Sebelum pembukaan peringkat 201 Felda Titi, kawasan seluas 650 ekar tersebut telah didiami oleh 2 keluarga cina di mana mereka mengusahakan tanaman durian, nenas, tebu dan limau nipis.

Difahamkan bahawa terdapat 5 ekar kepunyaan kaum cina yang telah diberi hak milik (mempunyai geran). Semasa pembukaan Felda Titi mereka enggan untuk menyerahkan hak milik mereka untuk dimajukan.

Dengan campur tangan pihak politik MCA, Polis dan Keselamatan serta Felda sendiri, maka tanah tersebut dapat dimajukan dengan membayar pampasan kepada penduduk cina tersebut.

 

LOKASI

Terletak lebih kurang 8 km dari Pekan Kuala Klawang (Jelebu) di mana Pusat Pentadbiran Daerah  dan 1.6 km dari Pekan titi.

 

KEMASUKAN PETUGAS FELDA

      Bulan 5/1981, petugas telah ditempatkan untuk membuka Felda Titi. Petugas terdiri daripada seorang Pengurus, 2 penyelia, dan 2 pemandu.

       Oleh kerana kawasan Felda Titi merupakan kawasan “HITAM” (KASBAN) maka petugas tinggal di rumah yang disewa di pekan Kuala Klawang. Semua petugas dikehendaki menggunakan pas keselamatan semasa menjalankan tugas.

      Difahamkan bahawa kawasan ini masih ada saki baki komunis yang masih aktif waktu itu. Petugas hanya boleh masuk menjalankan tugas dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja dengan menggunakan pas keselamatan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah.

            Keistimewaan pembukaan Felda Titi tidak memerlukan kerja-kerja tebang baker, tetapi hanya memerlukan Dowpon “M” untuk membersihkan kawasan lalang tersebut.