mcmc
Laporan Aktiviti

1) Laporan Kelas Mei :- Pembelajaran Sepanjang Hayat: Mahir Pertanian Pintar

Tarikh07 Mei 2025
 Masa111:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta2 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan untuk memberikan ilmu terkini dalam bidang pertanian pintar termasuk penggunaan teknologi, data, dan automasi bagi meningkatkan hasil dan keberkesanan pertanian.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk membantu peserta memahami amalan pertanian yang mesra alam, menjimatkan sumber, dan sesuai dengan perubahan iklim agar hasil pertanian dapat dikekalkan dalam jangka panjang.

Aktiviti :-

Petugas mendorong para peserta untuk mengaplikasikan teknologi seperti Internet of Things (IoT), sistem pertanian berasaskan data, dan dron untuk memantau dan mengurus ladang secara lebih efisien.

Selain itu, setelah kehadiran diambil , para peserta didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang boleh meningkatkan produktiviti dan pendapatan, serta membuka peluang pasaran baharu melalui pertanian berasaskan teknologi.