LATAR BELAKANG
Felda Titi adalah dalam mukim Gelami Lemi dan terletak dalam daerah Jelebu. Felda Titi dibuka dan ditubuhkan pada Mei 1980 .Pekan yang terdekat dengan rancangan ini ialah pekan Kuala Klawang dan jaraknya adalah 10 kilometer. Ia termasuk di bawah kawasan parlimen Jelebu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Chennah. Ahli parlimen ialah Yang Berhormat (YB) Dato’ Zainudin Bin Haji Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri ialah YB Anthony Loke Siew Fook.
Luas kawasan penempatan dan ladang adalah 650 ekar. Kawasan ladang dibahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat 201, 202, dan 203. Jumlah penduduk dianggarkan lebih 1000 orang yang mana terdiri daripada peneroka, kakitangan Felda Titi dan Plantation, Klinik Desa serta pekerja-pekerja Koperasi Peneroka Felda Titi.
Tanaman utama serta punca pendapatan adalah daripada hasil getah. Hasil sampingan adalah tanaman kontan (pisang), Kolam Ikan Air Tawar, serta ternakan lembu dan kambing. Di bawah RMK 9 peruntukan telah disalurkan oleh kerajaan melalui Projek Nenas seluas 5 ekar, Kolam Ikan Air Tawar (Baikpulih 6 Buah Kolam), dan naik taraf kolam simen bagi ternakan ikan keli. Antara 5 teras Felda adalah :-
1-Felda pelaku global
2-warga felda menjadi golongan berpendapatan pertengahan.
3-Komuniti felda menjadi komuniti contoh luar bandar.
4-Mengukuhkan budaya felda sebagai institusi.
5-membangunkan potensi generasi baru.
(SUMBER:GOOGLE & FACEBOOK)