Tarikh | 08 Mac 2025 |
Masa | 10:00 Pagi-12:00 Tengah Hari |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 10 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pemahaman asas tentang pengaturcaraan menggunakan bahasa Python dengan cara yang mudah dan interaktif untuk pemula, khususnya kanak-kanak dan remaja.
Selain itu, kelas ini membantu peserta memahami elemen utama dalam Python seperti pembolehubah, jenis data, fungsi, perulangan, dan struktur kawalan.
Aktiviti :-
Petugas membantu menyediakan dan menguji platform seperti Zoom, Google Meet, atau Microsoft Teams untuk memastikan audio, video, dan fungsi perkongsian skrin berfungsi lancar.
Selain itu, para peserta juga dibekalkan dengan cara untuk memuat turun dan memasang perisian yang diperlukan, seperti Python (IDLE) atau Replit (untuk kod dalam talian).