mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN- ENCIK SHAMSUDDIN

Nama                      : Shamsuddin Bin Mohd Arifin

Umur                       : 51 tahun

Bentuk Perniagaan : Penternak binatang seperti lembu  dan kambing.

 

Latar belakang

Encik Shamsuddin memulakan perniagaan jual beli lembu dan kambing pada tahun 2010. Pada mulanya, beliau hanya membela  untuk mengisi masa lapangnya selepas waktu kerja. Kemudian, setelah haiwan peliharaannya semakin banyak Encik Shamsuddin mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan jual beli dengan penduduk sekeliling bagi menambah pendapatanya.

Selain itu, beliau juga akan menjual daging lembu yang disembelih oleh beliau sendiri kepada sesiapa yang ingin membelinya untuk membuat sebarang majlis. Encik Shamsuddin juga, akan mengambil tempahan dan  menjual daging untuk menyambut bulan puasa dan juga musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Haji bagi setiap tahun. Harga yang diberikan kepada pembeli sangat berpatutan.Seterusnya, beliau juga ada menternak haiwan lain seperti ayam kampung dan burung puyuh .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Encik Shamsuddin akui beliau kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office. Setelah beliau datang ke PI1M Felda Titi untuk mendapatkan latihan keusahawanan yang terperinci serta khidmat nasihat dalam membantu proses untuk perniagaannya kini beliau mampu mengembangkan lagi perniagaan lembu dan kambing beliau tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PI1M Felda Titi, Encik Shamsuddin semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office, Microsoft Excel dan Microsoft Word. Komitmen dan minat yang ditunjukkan oleh beliau untuk belajar membuatkan beliau semakin tahu cara menguruskan perniagaannya dan juga menjalankan perniagaan atas talian. Selain itu, beliau kini telah faham cara untuk merekod dan menguruskan aliran tunai dengan lebih teratur dan tersusun melalui penggunaan Microsoft Excel.

 

Apa yang dipelajari melalui kursus keusahawanan di  PI1M

-Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office.

-Mempelajari teknik merekodkan untung rugi dan pengurusan aliran tunai dengan lebih teratur.

-Mempelajari cara untuk mempromosikan perniagaan melalui media sosial.

-Petugas memberi tips mengambil gambar produk dengan betul dan menarik.

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

–     Memberi bimbingan dalam pengurusan perniagaan.

–     PI1M membantu mempromosikan perniagaan.

–     Membantu membuat aliran tunai

 

Gambar1:Encik Shamsuddin mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui media sosial di PI1M.

 

Gambar 2: Antara lembu dan kambing ternakan Encik Shamsuddin.