mcmc
Laporan Aktiviti

7) Laporan Kelas September :- Asas ICT: Memuat Turun Penyata Bank

 Tarikh  20 September 2024
 Masa  11:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari
 Tempat  NADI Felda Titi
 Peserta  2 orang

 

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengendalikan perbankan atas talian.

Selain itu, kelas ini untuk membantu peserta dalam menggunakan aplikasi perbankan atas talian yang akan memudahkan urusan memuat turun penyata bank.

 

Aktiviti :-

Kelas dimulakan dengan petugas membantu peserta untuk mendaftar perbankan atas talian.

Petugas juga turut menerangkan mengenai setiap fungsi perbankan atas talian.

Kelas diteruskan dengan sesi soal jawab antara petugas dan juga peserta.