mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2024:- CILIK IT Q2: Mohd Sharul Azmi B. Ithnin

XCVBN.png

 SDFGHJKL.png 

Nama: Mohd Sharul Azmi B. Ithnin

Umur: 11 Tahun

 

Latar belakang

Adik Sharul Azmi merupakan anak bongsu kepada Puan Ayda dan Encik Ithnin. Adik Sharul Azmi berumur 11 tahun dan merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seperi.  Selain itu, adik Sharul Azmi merupakan murid yang sangat pintar dalam pelajaran dan juga rajin dalam membantu guru-gurunya di sekolah. Di samping itu, adik Sharul Azmi sering ke NADI Felda Titi sewaktu cuti sekolah bersama adik-beradiknya yang lain untuk melayari internet.  

Adik Sharul Azmi bukanlah seorang pelajar yang mudah berputus asa dan beliau sering bercita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaranya seperti rakan-rakannya yang lain. Selain itu, adik Sharul Azmi dan juga adik-beradiknya sering mengikuti setiap kelas yang dijalankan oleh petugas NADI ketika waktu lapang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada pertengahan tahun 2019, adik Sharul Azmi sering datang ke NADI Felda Titi bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI Felda Titi. Adik Sharul Azmi mempunyai minat terhadap penggunaan komputer dan internet yang ditawarkan. Adik Sharul Azmi sering melihat abang dan kakaknya menggunakan komputer dan lalu adik Sharul Azmi ingin cuba untuk belajar. Pada mulanya adik Sharul Azmi kurang mahir atas faktor dia masih dalam usia yang kecil tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk belajar. Beliau telah meminta petugas untuk mengajarnya cara-cara untuk menggunakan komputer dengan lebih mahir.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti pelbagai kelas-kelas yang dijalankan di NADl Felda Titi, adik Sharul Azmi kini semakin mahir dalam menggunkan komputer dan melayari internet. Selain itu,adik Sharul Azmi juga kini pandai menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Microsoft Power Point.

 Ketika melayari internet adik Sharul Azmi akan mengambil masa untuk melayari laman web e-pembelajaran untuk melihat pelbagai contoh soalan bagi subjek yang dipelajarinya. Ternyata setelah mengikuti kelas yang disediakan di NADI, adik Sharul Azmi kini menjadi pelajar yang Celik IT.