mcmc
Laporan Aktiviti

8) Laporan Kelas Mei:-Asas Keusahawanan: Ejen dan Dropship

Tarikh 15 Mei 2024
Masa 2:30 Petang – 3:30 Petang
Tempat NADI Felda Titi
Peserta 3 Orang

 

Tujuan:-

Melatih usahawan dan bakal usahawan mendalami ilmu keusahawanan secara spesifik

Memberi pemahaman asas mengenai konsep, teknik dan strategi perniagaan dropship dan ejen

Mendedahkan hala tuju keusahawanan seperti penggunaan aplikasi WhatsApp Business, Instagram, Facebook dan TikTok

Melatih dan membimbing usahawan untuk menjalankan perniagaan secara konsisten, sistematik dan bersasar

 

Aktiviti:-

Petugas memulakan kelas memberi penjelasan mengenai ejen dan juga dropship melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=owtpoiIsOu0

Seterusnya, petugas juga membuka layar Youtube bertajuk ‘Cara Rekrut 100 Ejen Dengan Sistem Yang Ringkas’ di pautan https://www.youtube.com/watch?v=SirW3z3wJ2U

Seterusnya, para usahawan juga dipertontonkan dengan tutorial ‘Dropship di Shopee’ melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=pUl3AkQlMGU

Akhir sekali, para usahawan bersyukur dapat menambahkan ilmu kemahiran keusahawanan mereka untuk digunakan.