mcmc
Laporan Aktiviti

1) Laporan Kelas Mei :- E-Pembelajaran: Microsoft Word

Tarikh 3 Mei 2024
Masa 2:30 Petang – 3:30 Petang
Tempat NADI Felda Titi
Peserta 3 Orang

 

Tujuan :-

Memperkasa latihan Microsoft Word dengan membina carta organisasi secara digital

Peserta dapat belajar fungsi ‘shapes’ yang tersedia di Microsoft Word

Melatih peserta untuk menyediakan carta organisasi kumpulan dengan lebih kemas dan teratur

Mengajar peserta kepentingan mempunyai carta organisasi yang kukuh dalam sesebuah badan organisasi.

 

Aktiviti :-

Petugas menyediakan satu carta organisasi secara bertulis dan mengedarkan kepada para peserta

Petugas menerangkan bahawa peserta perlu menyediakan carta yang sama dengan menggunakan Microsoft Word

Peserta memahami arahan daripada tugasan yang diberikan dan mencuba menyediakan carta organisasi tersebut dengan bimbingan daripada petugas

Peserta lebih mahir menggunakan fitur ‘shapes’ dan juga fungsi ‘copy & paste’ hasil daripada kelas ini