mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2024:- KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN Q1 : Siti Norafiza

22.jpg

  23.png  24.png

NAMA                            : Siti Norafiza

UMUR                             : 36 Tahun

TAHUN MENJADI AHLI: 2022

BENTUK PERNIAGAAN: Makanan dan Minuman

 

Latar belakang

Pada awal kewujudan Pusat Ekonomi Digital  Felda Titi ini Puan Afiza kurang berminat untuk berkunjung ke sana kerana merasakan tiada kepentingan untuk saya berbuat demikian. Namun,Puan Afiza mengalami masalah untuk penggunaan komputer. Beliau menanyakan dan meminta pandangan pada komuniti sekeliling bekenaan masalahnya untuk memohon bantuan perniagaannya.

Apabila masalah yang diamalami semakin teruja mendengar cerita mengenai perkhidmatan dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak NADI, Puan Afiza mula berasa berminat dan merasakan bahawa petugas di sana dapat membantu Puan Afiza dalam pelbagai aspek terutamanya dari aspek kemahiran keusahawanan. Oleh itu, Puan Afiza mengambil keputusan untuk berkunjung ke NADI dan berjumpa dengan petugas di sana. Setelah mendengar penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas, saya berasa amat teruja dengan perkhidmatan dan kelas-kelas latihan yang dijalankan di NADI.. Oleh yang demikian, Puan Afiza dapat mengikuti pelbagai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh petugas secara percuma.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan NADI, Puan Afiza sememangnya seorang yang tidak mahir menggunakan perkhidmatan internet mahupun komputer begitu juga ilmu keusahawanan yang Puan Afiza miliki begitu cetek. Oleh hal yang demikian, Puan Afiza membuat kunjungan ke NADI  dan membuat temujanji bersama petugas di NADI untuk berbincang mengenai kelas dan latihan yang bakal Puan Afiza jalani.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas selesai beberapa siri latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak NADI, kini Puan Afiza merasakan lebih berkeyakinan untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang sedang Puan Afiza jalankan. Selain itu, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat selepas tamat latihan keusahawanan yang Puan Afiza sertai di NADI Felda Titi ini. Hal ini demikian kerana, setelah menjalankan aktiviti promosi perniagaan Puan Afiza, kini lebih ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang  ditawarkan. Begitu juga dengan pihak NADI Felda Titi yang akan menggunakan perkhidmatan menempah air balang dan juga jambu batu asam boi  dari Puan Afiza jika terdapat sebarang program yang dianjurkan oleh pihak NADI.