mcmc
Rekreasi & Pelancongan

JERAM GAJAH

Struktur lengkap kepala mamalia di Jelebu dikaitkan Sang Kelembai antara percaya atau tidak. Batu di air jeram berbentuk kepala gajah sebesar kepala trak lori, lengkap dengan mata, telinga, mulut dan belalai. Ada mitos mengatakan itu sumpahan, tetapi siapa yang menyumpah dan siapa yang di sumpah, tiada siapa yang pasti. Ada yang percaya batu itu asalnya seekor gajah yang disumpah Sang Kelembai, watak cerita mitos pada zaman dulu kala. Secara geografi dan logiknya, batu tersebut terjadi mungkin terhasil kerana hakisan air secara berterusan semenjak ratusan tahun yang lalu dan secara kebetulan ia kelihatan seperti seekor gajah. Batu istimewa ini boleh ditemui di Jeram Gajah di Simpang Gelami, kira-kira lima kilometer dari pekan Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.