mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2023:- CILIK IT QUARTER 3 Adik Lim Lhi Chin

q22.png

 qa.jpg aq.jpg

NAMA CILIK IT :  Adam Lim Lhi Chin 
 TAHUN MENJADI AHLI  : 20 Disember 2022

 

Latar Belakang :-

Adik Lim merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang sering kali berkunjung ke PEDi dan beliau merupakan penduduk setempat yang sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia . Jarak rumahnya   dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Titi adalah berdekatan dan ini memudahkan  untuk berkunjung ke PEDi bagi menyertai kelas-kelas dan latihan ICT yang dianjurkan oleh petugas

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Sebelum terlibat dengan kelas anjuran PEDI Felda Titi, Lim Lhi Chin tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer. Justeru, dia kerap mengunjungi PEDi bagi mempelajari kemahiran ICT serta menambah serba sedikit ilmu pengetahuannya mengenai cara penggunaan komputer yang betul. Beliau sering datang ke PEDi dan meminta bantuan petugas PEDi bagi membantu beliau mencari maklumat tentang pembelajarannya di sekolah serta kerja sekolahnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Setelah mendapatkan latihan yang baik di PEDi Felda Titi, kini Lim Lhi Chin sudah semakin mahir dalam menggunakan komputer. Peningkatan kemahiran ICT telah membantu serta memudahkan segala tugasannya di sekolah.. Beliau juga sudah mahir mengenai asas-asas kemahiran komputer dan pandai untuk menggunakan komputer dengan sendirinya bagi mencari maklumat bagi pembelajarannya di sekolah. Beliau juga sudah boleh membantu adiknya menggunakan komputer dengan baik.

 Ketika melayari internet adik Lim Lhi Chin akan mengambil masa untuk melayari laman web e-pembelajaran untuk melihat pelbagai contoh soalan bagi subjek yang dipelajarinya. Ternyata setelah mengikuti kelas yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital, adik Lim Lhi Chin kini menjadi pelajar yang Celik IT dan beliau juga menggunakan perkhidmatan pinjaman note book PEDi Felda Titi untuk menyiapkan kerja-kerja kursusnya.