mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2023:- CILIK IT QUARTER 2 Adik Nurul Wafa Thahirah Bt Abdul Qayyum

q111.png

q11.pngq1.png

NAMA CILIK IT :  Nurul Wafa Thahirah Bt Abdul Qayyum
 TAHUN MENJADI AHLI  : 16 November 2010

 

Latar Belakang :-

Nurul Wafa Thahirah Bt Abdul Qayyum merupakan pelajar Sekolah Menengah Undang Jelebu merupakan anak ke empat dari 4 orang adik beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Felda Titi dan seorang pelajar serta remaja yang aktif mengikuti apa jua program dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital Felda Titi serta aktiviti sekolah mahupun komuniti yang dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Adik Wafa Thahirah merupakan seorang kanak-kanak yang aktif mengikuti program dan aktiviti riadah yang dijalankan di sekitar komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Titi tetapi jarang mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Titi. Adik Wafa Thahirah tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan internet untuk melayari internet mahupun untuk membuat kerja sekolah. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai telefon pintar dan komputer di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Setelah diajak dan dipujuk oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Titi. dan kawan-kanwan beliau untuk hadir dan mengikuti kelas serta program ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Titi., Adik Wafa Thahirah kini sudah cekap dalam menggunakan komputer dan perisian yang ada di dalam komputer. Adik Wafa Thahirah juga kini turut mahir menggunakan Microsoft Word dan Powerpoint tanpa memerlukan bantuan petugas Pusat Ekonomi Digital Felda Titi.. Adik Wafa Thahirah juga kini boleh membantu rakan-rakan yang kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekiranya cuti sekolah, Adik Wafa Thahirah kini kerap datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Titi. bagi membuat latihan dan kelas yang diadakan.