mcmc
Laporan Aktiviti

5) Laporan Kelas Oktober :- Asas Keusahawanan: Poster (Canva)

 Tarikh  10 Oktober 2023
 Masa  02:30 petang-04:00 petang
 Tempat  PEDi Felda Titi
 Peserta  1 orang

 

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan sebuah poster yang mudah tetapi menarik untuk dikongsikan kepada pelanggan.

Membimbing peserta dalam menggunakan Canva untuk menghasilkan sebuah poster yang menarik dengan menggunakan ciri-ciri yang terdapat di dalam Canva.

Canva merupakan sebuah aplikasi yang boleh menghasilkan pelbagai jenis reka bentuk seperti logo, kad jemputan dan lain-lain.

 

Aktiviti :-

Petugas menerangkan mengenai Canva dan juga fungsi Canva kepada para peserta.

Seterusnya, petugas juga turut menerangkan mengenai pelbagai jenis template yang terdapat di dalam Canva yang boleh digunakan.

Kelas diteruskan dengan sesi mereka poster mengikut jenis perniagaan yang dijalankan.