Tarikh | 17 September 2023 |
Masa | 09:30 pagi-11:00 pagi |
Tempat | PEDi Felda Titi |
Peserta | 5 orang |
Tujuan :-
Kelas mewarna diadakan untuk meningkatkan semangat patriotism dalam diri kanak-kanak agar mereka peka dengan hari-hari yang bersejarah ini.
Hari Malaysia juga perlu diraikan seperti mana Hari Merdeka agar peserta dapat mengingati pengorbanan pejuang tanah melayu.
Peserta kanak-kanak khususnya harus didedahkan dengan hari-hari yang penting dan bersejarah agar mereka sentiasa mengingati hari bersejarah ini.
Aktiviti :-
Petugas berkongsi poster mewarna Hari Malaysia kepada para peserta daripada Pusat Literasi Felda Titi.
Petugas menerangkan warna-warna yang perlu diperlukan untuk melengkapkan poster tersebut.
Para peserta memulakan sesi mewarna poster Hari Malaysia dengan bantuan guru dan juga ibu bapa.