mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2023:- CILIK IT QUARTER 1 Adik Adam Muizzuddin Bin Azuan Emran

          

NAMA CILIK IT :  Adam Muizzuddin Bin Azuan Emran
 TAHUN MENJADI AHLI  : 10 Disember 2022

 

Latar Belakang :-

Adik Adam merupakan anak bongsu kepada Puan Dahlia dan Encik Rashikin. Adik Adam berumur 9 tahun dan merupakan pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seperi.  Selain itu, adik Adam merupakan murid yang sangat pintar dalam pelajaran dan juga rajin dalam membantu guru-gurunya di sekolah. Di samping itu, adik Adam sering ke Pusat Ekonomi Digital Felda Titi sewaktu cuti sekolah bersama adik-beradiknya yang lain untuk melayari internet.  

Adik Adam bukanlah seorang pelajar yang mudah berputus asa dan beliau sering bercita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaranya seperti rakan-rakannya yang lain. Selain itu, adik Adamdan juga adik-beradiknya sering mengikuti setiap kelas yang dijalankan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital ketika waktu lapang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Pada hujung tahun 2022, adik Adam sering datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Titi bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Ekonomi Digital Felda Titi. Adik Adam mempunyai minat terhadap penggunaan komputer dan internet yang ditawarkan. Adik Adam sering melihat abang dan kakaknya menggunakan komputer dan lalu adik Adam ingin cuba untuk belajar. Pada mulanya adik Adam kurang mahir atas faktor dia masih dalam usia yang kecil tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk belajar. Beliau telah meminta petugas untuk mengajarnya cara-cara untuk menggunakan komputer dengan lebih mahir.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti pelbagai kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felda Titi, adik Adam kini semakin mahir dalam menggunkan komputer dan melayari internet. Selain itu,adik Adam juga kini pandai menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Microsoft Power Point.

Ketika melayari internet adik Atiya akan mengambil masa untuk melayari laman web e-pembelajaran untuk melihat pelbagai contoh soalan bagi subjek yang dipelajarinya. Ternyata setelah mengikuti kelas yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital, adik Adam kini menjadi pelajar yang Celik IT.