Lata Kijang adalah kawasan air terjun yang terletak di dalam hutan simpan kenaboi. Di situ juga terdapat Gunung Besar Hantu, Gua Semong dan Gua harimau. Lata Kijang juga mempunyai ketinggian 80 meter dan jaraknya dari pekan Kuala Klawang adalah kira-kira 45 kilometer. Pengunjung atau pelancong yang datang ke Jelebu boleh mencuba untuk ke Lata Kijang menikmati pemandangan yang indah dan damai di sana.
(Sumber:Google)