NAMA CILIK IT | : Muhammad Hadith Haiqal Bin Mohamad Nazri |
TAHUN MENJADI AHLI | : 2020 |
Latar belakang
Adik Haiqal berusia 8 tahun dan merupakan cucu peneroka Felda Titi. Pada setiap hujung minggu Haiqal dan keluarganya sering melawat neneknya di Felda Titi dan berkunjung di Pusat Internet Felda Titi bersama-sama adik perempuanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum adik Haikal mengetahui tentang kewujudan Pusat Internet Komuniti ini, Adik Haikal hanya menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan di telefon sahaja di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Adik Haikal mula mengenali Pusat Internet Komuniti Felda Titi apabila adik Dhuha kawan baiknya di sini membawanya ke Pusat Internet Komuniti Felda Titi untuk bermain komputer bersama-sama. Suasana yang seronok dan dapat mengenali ramai rakan seusianya membuatkan Adik Haiqal tertarik untuk sering datang ke Pusat Internet Komuniti Felda Titi dan mendaftarkan diri sebagai ahli.
Dengan kelebihan menjadi ahli Adik Haiqal dapat mengikuti pelbagai kelas atau program yang ada di Pusat Internet Komuniti Felda Titi pada bila-bila masa. Di Pusat Internet adik Haiqal dapat mengikuti kelas Advokasi SKMM, kelas E-Pembelajaran serta permaianan pendidikan. Selain itu, adik Haiqal juga dapat belajar mencari contoh soalan-soalan bagi subjek pembelajaran di laman web pelajaran di Google yang memudahkanya mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Dengan sering mengikuti kelas-kelas di Pusat Internet Komuniti Felda Titi adik Haiqal semakin mahir menggunakan komputer dan Internet.
Pages: 1 2