mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2020 – Kisah Kejayaan Q4 : Cik Siti Anazariah Binti Mohamad Yunus

NAMA                                                        :

 Siti Anazariah Binti Mohamad Yunus

USAHAWAN                                              :

 Agen separuh masa bagi produk kecantikan Mary Kay

TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI   :  2020

 

Latar belakang

Cik Ana merupakan lepasan graduan yang sangat aktif . Sifatnya yang suka menceburi pelbagai bidang membuatkan beliau bersemangat untuk mendalami dan memasuki bidang perniagaan barangan kecantikan Mary kay .

Menurutnya, Mary kay adalah satu jenama yang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia .Kualiti barangan Mary kay yang berkualiti membuatkan beliau yakin seterusnya mendaftar dirinya menjadi agent sah Mary kay .

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada permulaan perniagaan ,Cik Ana menjual dan mempromosikan melalui rakan-rakan di sekitar kawasan tempat tinggalnya.Beliau juga sering membuka pameran di pasar beli belah , namun begitu, cara langsung yang beliau buat   tidak begitu memberansangkan dan beliau mengambil keputusan untuk ke PIK Felda Titi bagi mempelajari latihan keusahawanan yang disediakan .

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mendapatkan latihan keusahawanan di PIK Felda titi, tidak dinafikan tempahan yang diterima oleh Cik Ana semakin meningkat kerana kemahiran promosi  yang dipelajari melalui penggunaan media sosial terutamanya Facebook dan aplikasi Dashboard komuniti My Shop .Beliau juga semakin mahir dalam mengambil gambar bagi tujuan  pengiklanan di laman sosial dengan kreatif dan cantik melalui hasil pembelajaran teknik fotografi produk yang betul di PIK Felda Titi.

Cik Ana semakin yakin dan bersemangat untuk meneruskan jualan secara talian kerana produk jualan nya semakin dikenali oleh masyarakat sekitar Jelebu.Selepas sebulan menjadi agen sah Mary Kay ,Cik Ana  berjaya mencapai target bonus Mary kay .Pendapatan bulanan juga sehingga hari ini semakin meningkat .