mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2020 – Kisah Kejayaan Q4 : Cik Afiqah Binti Hamzah

NAMA                                                        :

 Nurul Afiqah Binti Hamzah

USAHAWAN                                              :

 Menjual Barangan Hospital

TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI   :  2020

 

Latar belakang

Cik Afiqah merupakan seorang jururawat di Hospital Kuala Klawang. Beliau telah membuat kerja sambilan dengan menjual barangan peralatan Hospital keluaran rakan kongsinya di dalam laman web Shopee.com.my.

Menurutnya, perniagaan yang dijalankan ini adalah kerana hobi dan minatnya yang mendalam dalam perniagaan dan mempunyai kedai Shopee sendiri. Selain itu, Cik Afiqah juga sangat seronok mempunyai kedai Shopee sendiri kerana dapat membantu ramai orang membeli peralatan hospital di atas talian dengan lebih mudah dan pantas . Disamping itu, sedikit sebanyak Cik Afiqah dapat menambah pendapatan bulanannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada permulaanya, Cik Afiqah buntu untuk memulakan perniagaan kerana kekurangan ilmu dalam membuat copywriting bagi mempromosikan produknya di media sosial dan juga tidak mahir untuk menggunakan flatform perniagaan atas talian yang terkini.

Kemudian, Cik Afiqah telah mengambil keputusan untuk mengikuti latihan keusahawan di Pusat Internet Komuniti Felda Titi dan meminta petugas membantu mengajar beliau cara menggunakan akaun Shopee untuk memulakan perniagaan dan juga membuat pembelian di dalam Shopee.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mendapatkan latihan keusahawanan di PIK, Cik Afiqah lebih mahir dalam mempromosikan produk jualannya di dalam media sosial serta mampu membuat perniagaan di dalam Shopee. Petugas juga telah membantu mengajar Cik Afiqah cara yang betul untuk mengambil gambar bagi tujuan pengiklanan di media yang lebih menarik dan kreatif menggunakan teknik fotografi yang betul.

Setelah mengetahui kaedah yang betul mempromosikan dan berniaga produk, kini pendapatan Cik Afiqah semakin meningkat dan mampu mencecah RM 100 dalam sebulan dan kedai Shopee beliau makin dikenali ramai. Oleh itu, Cik Afiqah lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaanya bagi tujuan memudahkan lebih ramai orang membeli barangan peralatan Hospital atas talian.