mcmc
Kisah Kejayaan

Tahun 2020 – Kisah Kejayaan Q3 : Cik Siti Nur Zuriati Binti Azman

 

 

NAMA                                                       :

 Siti Nur Zuriati  Binti    Azman

USAHAWAN                                             :

 Ejen Tudung Bawal & Shawl

TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI   :  03.07.2020

 

Latar belakang

Cik Zuriati adalah merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik . Beliau seorang anak muda yang bercita cita untuk membuka perniagaan sendiri.Sementara menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading beliau mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan di media sosial .Baginya , membuka akaun perniagaan di media sosial amat menguntungkan tanpa dikenakan caj bayaran .

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permulaan perniagaan ,Cik Zuriati hanya menjual dan mempromosikan melalui  aplikasi media sosial yang biasa digunakan . Namun begitu, tempahan yang diterima tidak begitu memberansangkan dan beliau mengambil keputusan untuk ke PI Felda Titi bagi mempelajari latihan keusahawanan yang disediakan .

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendapatkan latihan keusahawanan di PI, bilangan  tempahan yang diterima oleh Cik Zuriati  semakin meningkat kerana kemahiran promosi  yang dipelajari melalui penggunaan media sosial terutamanya Instagram dan aplikasi Dashboard komuniti My Shop Dan Shopee .Beliau juga semakin mahir dalam mengedit dan  mengambil gambar untuk pengiklanan di laman sosial dengan kreatif melalui hasil pembelajaran teknik fotografi produk yang betul di PI.

Cik Zuriati semakin yakin dan bersemangat untuk meneruskan jualan secara atas talian kerana produk jualannya semakin dikenali ramai  dalam dan luar negara.Pendapatannya setiap bulan semakin meningkat .