| NAMA : |
Masyitah Binti Azman |
| USAHAWAN : |
AB Choco Jar |
| TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI : | 16.12.2016 |
Latar belakang
Pn Masyitah merupakan menantu peneroka di Felda Titi dan bekerja sebagai Guru Literasi di Felda Titi. Beliau telah mengambil keputusan untuk menjadi agent jualan produk AB Choco Jar bagi mengisi masa lapangnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Masyitah berminat untuk mempelajari ilmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan ICT. Dan apabila PI mengadakan program Hari Bersama Komuniti petugas akan menjemputnya untuk mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui atas talian.
Puan Masyitah mengakui bahawa beliau hanya pandai menggunakan Microsoft Word sahaja dan tidak tahu menggunakan Microsoft Office lain. Selain itu, dari segi penggunaan internet juga Puan Masyitah tidak begitu mahir dalam menggunakannya.
Menyedari kekurangan dalam kemahiran penggunaan ICT, Puan Masyitah mengambil keputusan bijak untuk mempelajarinya di PI Felda Titi bagi mempromosikan perniagaan dan menarik lebih ramai pelanggan di dalam kawasan Felda Titi dan juga di luar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapatkan latihan keusahawan di PI Felda Titi, Puan Masyitah semakin mahir dan cekap dalam menggunakan komputer dan internet. Melalui ilmu yang dipelajari, kini Puan Masyitah memanfaatkan teknik mempromosikan perniagaannya melalui penggunaan media sosial bagi menarik penduduk sekitar Jelebu untuk datang ke gerainya.
Pendapatannya juga meningkat dari sekitar RM 50 ke RM 150 sehari. Segala keuntungan dari hasil perniagaan juga direkod terus melalui penggunaan Microsoft Office Excel. Selain itu, Puan Masyiatah turut tidak terkecuali mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti My Shop dalam mengiklankan perniagaannya .
Pages: 1 2


