Puan Nor Hasanah merupakan ibu kepada 3 orang anak yang bekerja sebagai pembantu tadbir di pejabat Felda Titi. Beliau mula menjalankan perniagaan sebagai stokis jualan produk kesihatan ini sejak awal tahun 2016. Ini adalah kerana beliau ingin menambah pendapatan untuk membantu suami menyara keluarga. Beliau membuat hebahan perniagaannya secara atas talian, Facebook, dan juga hebahan dari mulut ke mulut sekitar kampung dengan bantuan risalah yang telah dibuat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi.
Beliau kurang mahir menggunakan komputer terutama Microsoft Office Excel. Di samping itu, beliau hanya mengambil gambar produk yang mana bukan kepunyaan beliau kerana tidak tahu bagaimana untuk mengambil gambar dengan baik. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Titi, beliau menggunakan platform Facebook beliau untuk mempromosikan produk jualan beliau kepada orang ramai. Aplikasi WhatsApp juga menjadi pilihan beliau kerana mudah dicapai dan dihubungi jika pelanggan memesan produk beliau.
Selain itu, pendapatan dan keuntungan beliau dalam membuat perniagaan stokis ini telah mencapai sehingga RM 800 sebulan. Pendapatan ini amat membantu beliau untuk membantu suami menyara keluarga berbanding menerima gaji bekerja setiap bulan. Beliau berharap selepas ini beliau dapat memiliki laman web sendiri untuk mengembangkan lagi promosi produk yang beliau jual. Namun begitu, beliau amat bersyukur dengan bantuan petugas Pusat Internet 1Malaysia dalam mempromosikan produk beliau sehingga beliau dapat menambahkan lagi pendapatan beliau.
Gambar 1:Puan Hasanah diberi latihan komputer oleh petugas.
Gambar 2: Kelas keusahawanan ini Pn. Hasanah diajar cara fotografi untuk iklan produk di laman sosial.
Gambar 3: Rangkaian produk DMS 360 (hasil tangkapan gambar oleh Pn. Hasanah)