NAMA : | NOOR HIDAYAH |
USAHAWAN : | KEK COKLAT MOIST DAN PELBAGAI |
TAHUN MENJADI AHLI PI FELDA TITI : | 02 JUN 2011 |
Latar belakang
Puan Hidayah telah menjual pelbagai jenis kek secara kecil-kecilan disekitar kawasan Kuartes Penjara. Beliau memulakan perniagaannya senjak 2 tahun yang lalu.
Sebelum ini, beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan telah mengambil keputusan untuk menjual kek kerana minat dan juga ingin membantu suaminya menambah pendapatan bulanan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Beliau juga kurang mahir dalam membuat aliran tunai pendapatan menggunakan Microsoft Office dan tidak tahu cara untuk mempromosi kek jualan beliau secara atas talian. Jumlah produk/ pelanggan bulanan beliau adalah sebanyak 15 ke 20 orang sahaja dan kek beliau terjual hanya dalam 30 bekas sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Titi, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kek beliau sendiri secara atas talian. Pelanggan beliau kini semakin bertambah dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM2000 – RM3000.
Pages: 1 2