Muhammad Fakhrul Hakimi B. Badrul Hisham
Latar belakang
Adik Hakimi seorang yang sangat kerap berkunjung ke pi1m hampir setiap hari , untuk menggunakan perkhidmatan internet dan komputer yang telah tersedia di pi1m.Salah satu sebab
adik Hakimi seringkali berkunjung ke pi1m adalah untuk mengikuti kelas-kelas komputer dan kelas e-pembelajaran yang diadakan di pi1m Felda Titi. Beliau juga sering bertanya jika ada
perkara yang tidak difahami.Kunjungan beliau ke PI1M hampir setiap hari untuk mendapatkan perkhidmatan internet untuk pembelajaran bukan sahaja dapat menambahkan ilmu
pengetahuan, malahan juga dapat mengisi masa terluangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada mulanya, Hakimi tidak tahu bagimana untuk menggunakan komputer terutamanya untuk menaip. Dengan adanya kelas-kelas pengenalan kepada komputer dan Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas-kelas pembelajaran yang selalu diadakan oleh petugas Pusat internet Felda Titi, kini beliau sudah mahir menggunakan komputer untuk kegunaan harian dalam bidang pelajaran mahupun interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan di dalam talian (internet).