mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN QUARTER 4 TAHUN 2018 (1)

KISAH KEJAYAAN : CIK FARHANI HAMIZAH BINTI MOHD KAMBALI

 

NAMA : FARHANI HAMIZAH BINTI MOHD KAMBALI   
 UMUR : 20 TAHUN  
 AHLI    : 10 OKT 2018

 

LATAR BELAKANG

Cik Farhani atau lebih mesra dikenali sebagai Hani merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan Kolej Komuniti Jelebu dalam bidang Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan. Beliau telah memceburi bidang perniagaan pada awal tahun ini bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga beliau. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan tersebut kerana berniat untuk mengumpul duit bagi menyambung pelajaran di Universiti.

 

SEBELUM PENGLIBATAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Cik Farhani telah datang ke Pusat Internet untuk mendapatkan latihan ICT dan juga latihan Keusahawanan bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau secara atas talian dengan kaedah mempromosikan perniagaan beliau kepada penduduk Jelebu. Cik Hani juga mengakui bahawa beliau tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Dan telah meminta petugas internet mengajar beliau menggunakan komputer.

Sebelum ini, Cik Hani hanya menjalankan perniagaan beliau di sekitar kawasan perumahan beliau di Felda Titi sahaja dan pelanggan beliau tidak terlalu ramai. Setelah mengikuti semua latihan ICT daripada pertugas Pusat Internet, beliau telah diajar oleh petugas cara yang betul dan lebih berkesan bagi memajukan perniagaan beliau dengan memperomosikan perniagaan beliau secara terkini dengan menggunakan laman sosial   seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

 

SELEPAS PENGLIBATAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Selepas mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet, hasil pendapatan bulanan Cik Hani kini semakin meningkat dari lebih kurang RM 200 ke RM500 sebulan . Cik Hani berasa amat gembira dan juga bersyukur kerana setelah mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet dan juga belajar memasarkan perniagaan beliau atas talian beliau telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan dari pelbagai tempat.