mcmc
Laporan Aktiviti

9) Laporan Kelas Oktober :- Tiny Techies: Bengkel Mahir Sumo Robot (Sekolah Rendah)

Tarikh11 Oktober 2025
 Masa10:00 Pagi – 11:00 Pagi
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta1 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang asas robotik dan pengaturcaraan, melalui aktiviti membina serta mengendalikan robot Sumo.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan berasaskan amali.

Aktiviti :-

Petugas membantu pelajar memahami konsep asas mekanikal dan elektronik yang digunakan dalam pergerakan dan kawalan robot.

Selain itu, petugas juga membantu menggalakkan pelajar berfikir secara logik dan kreatif dalam menyelesaikan cabaran reka bentuk serta strategi pergerakan robot.