Tarikh | 15 Mac 2025 |
Masa | 10:00 Pagi – 11:00 Pagi |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 3 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta mengenai apa itu cybergrooming, bagaimana ia berlaku, dan mengapa ia menjadi ancaman kepada kanak-kanak, remaja, serta individu yang terdedah.
Selain itu, mendedahkan cara pemangsa dalam talian memanipulasi dan memperdaya mangsa melalui media sosial, permainan dalam talian, dan platform komunikasi digital.
Aktiviti :-
Petugas memberi pemahaman kepada peserta tentang apa itu cybergrooming, bagaimana ia berlaku, dan siapa yang berisiko.
Petugas juga membimbing peserta tentang cara melindungi diri, mengenal pasti ancaman, dan bertindak jika menjadi sasaran.