Tarikh | 22 Februari 2025 |
Masa | 03:00 petang – 05:00 petang |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 17 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk menjadi platform pencarian bakat untuk pemain berbakat yang ingin melangkah ke peringkat profesional dalam dunia e-sukan.
Selain itu, menunjukkan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi juga boleh menjadi bidang yang serius dengan peluang kerjaya, termasuk sebagai pemain profesional, jurulatih atau pencipta kandungan.
Aktiviti :-
Petugas menerangkan kepada peserta mengenai peraturan pertandingan dan juga jadual perlawanan.
Petugas juga memastikan jaringan wifi semasa pertandingan bagi mengelakkan berlakunya gangguan bekalan internet.