mcmc
Laporan Aktiviti

8) Laporan Kelas April :- Pembelajaran Sepanjang Hayat : NADI X Keusahawanan: Ikon Usahawan Cohort 2

Tarikh17 April 2025
 Masa10:00 Pagi –  11:00 Pagi
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta2 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada topik penting seperti perancangan perniagaan, pemasaran digital, pengurusan kewangan dan pembangunan jenama.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memupuk minda usahawan yang berani mencuba, bijak mengambil peluang dan tidak mudah putus asa dalam dunia perniagaan.

Aktiviti :-

Petugas menyemak topik dan hala tuju program sebagai contoh perkongsian kisah kejayaan, cabaran usahawan, strategi pemasaran dan pembangunan jenama.

Petugas juga menyediakan Zoom atau Google Meet, uji audio-visual, latar belakang, dan bahan pembentangan ikon.