Tarikh | 15 April 2025 |
Masa | 11:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 2 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta menggunakan peralatan pintar, aplikasi mudah alih dan sistem pemantauan untuk meningkatkan hasil dan kecekapan ladang.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mengurangkan pembaziran sumber dan menggalakkan amalan mesra alam melalui teknologi yang menjimatkan air, tenaga dan input pertanian.
Aktiviti :-
Petugas mengambil kehadiran para peserta sebelum kelas bermula.
Petugas juga memastikan internet di NADI Felda berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan berlakunya gangguan ketika kelas berlangsung.