Tarikh | 14 Mei 2025 |
Masa | 11:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 2 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi seperti Internet of Things (IoT), dron, sensor tanah, dan automasi dalam bidang pertanian.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk menerapkan teknik pertanian yang mesra alam dan efisien dari segi penggunaan sumber seperti air, baja, dan tenaga.
Aktiviti :-
Petugas membantu melatih peserta untuk mengaplikasikan teknik pertanian berasaskan data bagi meningkatkan hasil tanaman dan kecekapan operasi.
Selain itu, petugas menggalakkan peserta untuk beralih daripada kaedah pertanian tradisional kepada pendekatan digital dan berteknologi tinggi.