| Tarikh | 10 Oktober 2025 |
| Masa | 03:00 Petang – 05:00 Petang |
| Tempat | NADI Felda Titi |
| Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang ancaman keselamatan siber di tempat awam, khususnya berkaitan pencurian data melalui teknik card cloning dan penggunaan tracker gadget.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko penggunaan peranti digital dan transaksi tanpa tunai di kawasan awam yang terdedah kepada aktiviti penggodaman
Aktiviti :-
Petugas membantu mendidik peserta tentang langkah-langkah pencegahan dan amalan keselamatan siber, termasuk cara melindungi maklumat peribadi dan akaun kewangan daripada dicuri.
Selain itu, penceramah juga menunjukkan demonstrasi sebenar (live demo) cara penjenayah siber menjalankan serangan card cloning dan pengesanan lokasi, bagi membantu peserta memahami kaedah serangan dengan lebih jelas.