Tarikh | 06 September 2023 |
Masa | 02:30 petang-04:00 petang |
Tempat | PEDi Felda Titi |
Peserta | 3 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam diri peserta dalam melakukan pembentangan di hadapan orang ramai.
Seterusnya, membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran komunikasi agar mereka tidak kekok untuk berinteraksi dengan orang lain.
Kelas ini dapat mencungkil kelebihan peserta dalam berinteraksi di hadapan orang ramai.
Aktiviti :-
Petugas menerangkan mengenai kelas kemahiran insaniah iaitu pengenalan secara ringkas mengenai diri masing-masing.
Peserta mengambil giliran masing-masing dan mula memperkenalkan diri dimulai dengan memperkenalkan nama dan seterusnya maklumat yang lain.
Kelas diteruskan dengan sesi soal jawab bersama-sama peserta untuk mengenal sesama yang lain.