| Tarikh | 04 Oktober 2025 |
| Masa | 02:30 Petang – 04:30 Petang |
| Tempat | NADI Felda Titi |
| Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui sesi pembelajaran dalam talian yang interaktif dan mudah diakses.
Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi, mendengar, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris selaras dengan keperluan akademik dan dunia global masa kini.
Aktiviti :-
Petugas membantu pelajar memahami struktur tatabahasa dan penggunaan kosa kata yang betul, bagi meningkatkan kecekapan berbahasa dalam situasi formal dan harian.
Selain itu, petugas juga menyokong usaha memperkukuh literasi bahasa di kalangan pelajar sekolah menengah, ke arah melahirkan pelajar yang fasih, yakin, dan bersedia untuk cabaran akademik dan kerjaya masa depan.