mcmc
Laporan Aktiviti

3) Laporan Kelas November :- E-Kelas: Modul 2 (Asas Visual Komunikasi)

Tarikh04 November 2025
 Masa02:00 Petang – 03:00 Petang
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta1 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan memperkenalkan asas-asas visual komunikasi sebagai elemen penting dalam penyampaian mesej yang jelas, berkesan dan menarik perhatian.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan mendedahkan peserta kepada penggunaan warna, tipografi dan susun atur (layout) dalam menghasilkan bahan visual yang profesional.

Aktiviti :-

Petugas membantu peserta memahami prinsip reka bentuk asas seperti keseimbangan, kontras, hierarki, keselarasan dan konsistensi.

Selain itu, petugas juga membantu peserta mengenali kesilapan umum dalam reka bentuk visual dan cara memperbaikinya untuk meningkatkan kualiti komunikasi.