mcmc
Laporan Aktiviti

26) Laporan Kelas Oktober :- Kesedaran: Gajet, Kita Dikawal @ Mengawal (Sekolah Menengah)

Tarikh26 Oktober 2025
 Masa03:00 Petang – 04:00 Petang
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta1 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mengawal penggunaan gajet secara bijak dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar tentang kesan ketagihan gajet terhadap kesihatan mental, sosial dan akademik, serta cara mengelakkannya.

Aktiviti :-

Petugas membantu membimbing pelajar membangunkan kemahiran pengurusan masa dan disiplin diri dalam menyeimbangkan penggunaan teknologi dengan aktiviti kehidupan sebenar.

Selain itu, petugas juga membantu menggalakkan pelajar menjadi pengguna teknologi yang beretika dan berhemah, dengan memahami implikasi keselamatan, privasi dan jejak digital mereka.