mcmc
Laporan Aktiviti

20) Laporan Kelas Oktober :- E-Kelas : Mengurus dan Mengukur Kebersanan Pemasaran Digital

Tarikh23 Oktober 2025
 Masa02:00 Petang – 03:00 Petang
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta1 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pengurusan pemasaran digital yang berkesan, termasuk perancangan kempen dan pengurusan platform dalam talian.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman peserta tentang kaedah dan alat analitik digital bagi menilai prestasi serta keberkesanan kempen pemasaran.

Aktiviti :-

Petugas membantu membimbing peserta mengenal pasti metrik utama (Key Performance Indicators – KPI) yang relevan untuk mengukur impak pemasaran digital terhadap perniagaan.

Selain itu, petugas juga membantu membangunkan kemahiran peserta dalam membuat keputusan berasaskan data (data-driven decision making) bagi memperkukuh strategi promosi dan capaian pelanggan.