Tarikh | 06 Mac 2025 |
Masa | 02:30 Petang– 03:30 Petang |
Tempat | NADI Felda Titi |
Peserta | 1 orang |
Tujuan :-
Kelas ini bertujuan memperkenalkan dan memelihara seni masakan tradisional Peranakan Nyonya agar warisan budaya ini terus diwarisi oleh generasi baharu.
Selain daripada itu, kelas ini juga memberikan peserta pemahaman mendalam tentang ramuan, rempah-ratus, dan teknik khas dalam masakan Nyonya bersama chef terkenal Florence Tan.
Aktiviti :-
Petugas membantu menyediakan ruang memasak yang selesa, bersih, dan selamat dengan meja kerja, peralatan memasak, dan bahan mentah.
Selain itu, para petugas juga memastikan para peserta mengendalikan pisau, api, dan peralatan panas dengan selamat.