mcmc
Laporan Aktiviti

13) Laporan Kelas Oktober :- Care: Sihat Itu Saya: Kuasa Kesihatan, Hak Rakyat Malaysia | P050

Tarikh15 Oktober 2025
 Masa10:00 Pagi – 10:40 Pagi
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta1 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang hak-hak asas kesihatan sebagai rakyat Malaysia, termasuk akses kepada kemudahan kesihatan awam dan program sokongan kerajaan.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental sebagai tanggungjawab individu dan masyarakat.

Aktiviti :-

Petugas membantu menyampaikan maklumat berkaitan program kesihatan dan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf kesihatan.

Selain itu, petugas juga membantu menggalakkan peserta memahami peranan mereka dalam memastikan kesejahteraan komuniti, melalui amalan gaya hidup sihat dan sokongan terhadap inisiatif kesihatan nasional.