mcmc
Laporan Aktiviti

11) Laporan Kelas November :- DiLea: Webinar Gerak Gempur Sejarah SPM

Tarikh08 November 2025
 Masa02:30 Petang – 03:30 Petang
 Tempat NADI Felda Titi
 Peserta1 orang

Tujuan :-

Kelas ini bertujuan menyediakan persediaan intensif kepada pelajar SPM dengan memberi tumpuan kepada topik-topik teras mata pelajaran Sejarah yang sering diuji.

Selain itu, kelas ini juga bertujuan mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap fakta penting, kronologi peristiwa dan tokoh bersejarah, bagi memastikan pelajar mampu mengingat dan mengaitkan maklumat dengan tepat.

Aktiviti :-

Petugas membantu membantu pelajar memahami kehendak soalan berdasarkan kata tugas, supaya jawapan yang diberikan lebih tepat, padat dan memenuhi kriteria pemarkahan.

Selain itu, petugas juga membantu memberi latihan praktikal melalui soalan-soalan latihan sebenar, bagi membina kefahaman mendalam dan keyakinan ketika menjawab dalam peperiksaan sebenar.